
Xiaomi 15T Pro dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 9400+, manakala model standard 15T menggunakan Dimensity 8400-Ultra. Kedua-dua model dilengkapi dengan RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.1, dengan konfigurasi sehingga 12GB + 1TB untuk varian Pro.

Dari segi paparan, kedua-dua peranti menampilkan skrin AMOLED bersaiz 6.83 inci dengan resolusi 2772 × 1280, serta sokongan HDR10+ dan Dolby Vision. Model Pro menawarkan kadar segar semula 144Hz, manakala 15T hadir dengan 120Hz, dan kedua-duanya mencapai tahap kecerahan maksimum sehingga 3200 nits. Kedua-dua peranti juga dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 7i dan teknologi ketahanan skrin LIPO.
Dari segi kamera, Xiaomi 15T Pro dilengkapi dengan sensor utama 50MP Light Fusion 900 (ƒ/1.62) bersama OIS, lensa super-telefoto 50MP pada 115mm, dan lensa ultra-lebar 12MP dengan sudut liputan 120°. Ia menyokong rakaman video sehingga 8K pada 30fps dan 4K pada 120fps. Xiaomi 15T pula hadir dengan sensor 50MP Light Fusion 800 (ƒ/1.7) bersama OIS, lensa telefoto 50MP pada 46mm, dan lensa ultra-lebar 12MP. Ia menyokong rakaman video sehingga 4K pada 30fps.
Kedua-dua model menggunakan bateri berkapasiti 5500mAh. Varian Pro menyokong pengecasan pantas berwayar 90W dan pengecasan tanpa wayar 50W HyperCharge, manakala Xiaomi 15T standard menawarkan pengecasan berwayar 67W HyperCharge.
Pra-pesanan bagi siri Xiaomi 15T kini dibuka sehingga 2 Oktober 2025, di mana pelanggan dan peminat Mi boleh menikmati diskaun eksklusif serta hadiah percuma yang menarik. Pra-pesanan boleh dibuat melalui mi.com, Shopee dan Lazada. Bermula 3 Oktober, kedua-dua model akan mula dijual di semua kedai Xiaomi seluruh negara, di mi.com, serta di kedai rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.

Berikut ialah harga bagi setiap varian memori:
Model | Warna | Memory | Harga (RM) |
---|---|---|---|
Xiaomi 15T Pro | Mocha Gold | 12GB+1TB | 3499 |
Xiaomi 15T Pro | Gray | 12GB+512GB | 2999 |
Xiaomi 15T Pro | Black | 12GB+256GB | 2699 |
Xiaomi 15T | Gray | 12GB+512GB | 2199 |
Xiaomi 15T | Black | 12GB+256GB | 1899 |
Bukan itu sahaja, pelanggan yang membuat pra-pesanan untuk telefon ini akan menerima pelbagai hadiah percuma, promosi menarik dan faedah digital eksklusif. Sebagai contoh, pembeli Xiaomi 15T Pro akan menerima Xiaomi Watch S4 (warna hitam sahaja), manakala pembeli Xiaomi 15T akan menerima Xiaomi Buds 5 (warna putih sahaja). Selain itu, mereka juga akan menikmati diskaun RM200* untuk telefon dan RM100 diskaun untuk pembelian bersama (PwP) Redmi Pad Pro 2.
Berikut ialah senarai Faedah Digital yang ditawarkan:
- Baucar hadiah Grab bernilai RM30 (pembelian sebelum 10 Oktober)
- Percubaan percuma Spotify Premium selama 4 bulan (pengguna baharu sahaja)
- Percubaan percuma YouTube Premium selama 3 bulan (pengguna baharu sahaja)
- Percubaan percuma Google AI Pro selama 3 bulan
- Jaminan kualiti selama 24 bulan (bermula dari tarikh pembelian)
- Penggantian skrin percuma sekali dalam tempoh 12 bulan (bermula dari tarikh pembelian)
- Satu pembaikan luar jaminan dengan kos buruh percuma dalam tempoh 12 bulan (bermula dari tarikh pembelian)
- Telefon gantian eksklusif disediakan semasa proses pembaikan dalam tempoh 24 bulan
- Keahlian VIP eksklusif selama 24 bulan
- Pembaikan tanpa kerumitan dalam tempoh 24 bulan
*Untuk pra-pesanan di Xiaomi Stores di The Exchange TRX, IPC, dan Paradigm Mall serta di mi.com, pelanggan akan menerima diskaun RM200 dengan bayaran penuh. Bagi pra-pesanan di kedai rakan niaga, pelanggan juga akan menerima diskaun RM200—dengan syarat deposit RM200 dibayar semasa membuat pesanan, yang akan ditolak daripada jumlah bayaran penuh.