
SETEL adalah merupakan salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk program subsidi minyak RON95, BUDI MADANI. Untuk semakan, cara daftar, login, pengesahan eKYC dan semakan baki kuota RON95, sila rujuk portal rasmi SETEL di pautan https://www.setel.com/ .
Melalui aplikasi SETEL, pengguna boleh menikmati pelbagai kemudahan termasuk subsidi minyak RON95.
Seluruh rakyat Malaysia akan menikmati harga baharu RON95 pada RM1.99 seliter dengan hanya menggunakan MyKad di kaunter dan pam, atau menerusi aplikasi stesen minyak termasuk SETEL mulai 30 September 2025.

Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Rujuk info lebih lanjut mengenai aplikasi SETEL, fungsi, kelebihan, cara semak kelayakan & kuota baki RON 95 dan beli minyak subsidi Budi MADANI tanpa perlu beratur panjang di bawah.
Cara Daftar Akaun SETEL
- Daftar kad kredit/debit untuk tambah nilai atau tekan “Skip” jika mahu tambah nilai di kaunter.
- Muat turun aplikasi SETEL dari Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi SETEL, pilih bahasa yang diingini.
- Klik “MULAKAN”
- Masukkan nombor telefon bimbit, klik TERUSKAN.
- Anda akan terima kod pengesahan (OTP) melalui SMS, masukkan kod tersebut untuk sahkan nombor telefon.
- Benarkan aplikasi akses lokasi telefon anda.
- Cipta PIN 6 digit sebagai langkah keselamatan, boleh juga aktifkan pengesahan cap jari (fingerprint).
PANDUAN BERGAMBAR CARA DAFTAR APLIKASI SETEL


Cara Login Aplikasi SETEL
Untuk mengesahkan akaun, anda hanya perlu klik pada butang ‘Verification’. Imbas MyKad, ambil swafoto dan isi maklumat. Selesai!
- Buka aplikasi SETEL.
- Masukkan nombor telefon yang telah daftar.
- Terima dan masukkan kod OTP yang dihantar melalui SMS.
Anda akan terus dibawa ke paparan utama aplikasi dan boleh mula menggunakan SETEL untuk isi minyak, bayar parking atau semak subsidi RON95.
eKYC – Cara Sahkan Akaun SETEL Untuk Subsidi RON95

Anda wajib sahkan akaun SETEL untuk menikmati subsidi RON95 BUDI MADANI. Berikut langkah ringkas untuk buat pengesahan eKYC melalui aplikasi SETEL:
- Buka aplikasi SETEL dan login akaun anda.
- Pergi ke tab Profil dan klik pada pada butang ‘Verification’ atau ‘Sahkan Akaun’.
- Ikut arahan yang diberi. Imbas MyKad anda atau muat naik gambar MyKad, kemudian ambil swafoto dalam pencahayaan baik.
- Pastikan maklumat yang dimasukkan betul dan lengkap.
- Hantar pengesahan dan tunggu notifikasi pengesahan berjaya dari SETEL.

Selepas akaun disahkan, anda boleh gunakan subsidi RON95 tanpa perlu imbas MyKad setiap kali beli minyak.
eKYC ini juga meningkatkan keselamatan akaun dan membolehkan anda gunakan lebih banyak ciri dalam aplikasi SETEL, seperti had perbelanjaan yang lebih tinggi dan akses fungsi tambahan.
Proses pengesahan ini biasanya mengambil masa beberapa minit sahaja selepas maklumat lengkap dihantar.
Jika ada masalah, pastikan aplikasi SETEL anda dikemas kini ke versi terbaru dan cuba semula selepas 24 jam jika pengesahan gagal.